Anonymous
6 tahun
Payudara sebelah kiri terasa sakit
Hi doc. Saya berumur 22tahun. Saya baru sehari habis period, tapi saya terasa ada denyutan pada bahagian puting payudara saya. Denyutan tu akan berulang setiap 3 minit. Kadang2 ambil masa selang selama 5 minit. Denyutan tu hanya di sekitar puting shj. Hanya terjadi pada payudara sebelah kiri shj.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, denyutan pada puting payudara anda boleh disebabkan oleh:
- Saraf yang sensitif
- Kecederaan
- Payudara yang sakit akibat post-menstruasi
- Radang payudara
Sekiranya gejala ini tidak hilang, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lajut terutamanya jika anda mengalami gejala lain sperti
- Merasakan terdapat benjolan pada payudara
- Puting payudara berubah
- Kulit payudara berubah
- Puting mengeluarkan cecair
- Puting berdarah
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































