
Sulit
3 tahun
Payudara sering gatal
Saya wanita dalam 20an dan saya mengalami gatal di bahagian sisi kiri payudara terdapat bintik seperti jerawat dibahagian kiri payudara. Rasa gatal di kiri payudara sudah berlarutan selama 3 minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kegatalan dan bintik pada bahagian sisi payudara kiri boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya, kebersihan yang kurang memuaskan, kesan alahan pada sabun atau alahan kulit seperti atopic dermatitis, kulit kering (xerosis), jangkitan kulit, atau penyakit kulit lain.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.