Sulit
2 tahun
Payudara terasa sakit dan mengembang serta perut pun mengembung
Saya wanita 27 tahun belum berkhawin dan saya mengalami sakit di bahagian kedua payudara seperti terasa bengkak… Payudara terasa berat serta perut pun mengembung dan kadangkala terasa sesak nafas… Apakah sakit itu berbahaya sebab seringkali saya terasa sakitnya hingga ke belakang dan membuatkan saya tidak selesa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit payu dara seperti bengkak. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Mengenai kembung perut boleh disebabkan oleh punca lazim seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Masalah penghadaman
- Ketumbuhan di dalam perut atau abdomen seperti polip atau kanser
- Makan dengan terlalu banyak sehingga perut penuh
Maklumat lanjut perlu diperolehi dan juga anda perlu diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor untuk mencari punca gejala anda. Disebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, sila dapatkan bantuan perubatan di klinik atau hospital berhampiran .
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.