Sulit
6 tahun
Payudara tidak membesar dengan sempurna
Saya sudh memasuki 20 tahun keatas . saya mengalami masalah payudara tidak membesar. Kerana akibat pernah dihempap dgn motor . perlukan saya membuat medical checkup . ia tidak merasa sakit cuma payudara maseh ditahap saiz yang sama semasa skolah menengah . saiz kedua2 nya tidak sama besar dan nmpk ketara perbezaan saiznya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah payudara tidak membesar ini boleh disebabkan faktor seperti kurang hormon, berat dan tinggi anda serta faktor genetik. Oleh sebab usia yang masih muda, anda boleh menunggu bagi memastikan kematangan hormon dalam badan bagi memastikan tumbesaran yang sihat. Sekiranya anda mempunyai kesakitan atau masalah pada puting anda, maka anda disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor bagi mengetahui puncanya. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































