
Sulit
5 tahun
PCOS boleh mengandung?
Saya wanita berumur 26 tahun, dah berkahwin selama 6 tahun dan disahkan pcos semasa umur 20 tahun. Dalam setahun ni period saya regular. Last period saya 23/1. 3/2 tiba2 saya period tapi sehari je. Pelik sbb saya tak pernah alami macam ni. Bila saya buat research mostly kata implantation bleeding. Saya nak tanya doktor betul ke tu implantation bleeding?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, implantation bleeding bermaksud pendarahan selepas persenyawaan janin dan melekat dinding rahim. Ini bermaksud kehamilan yang perlu disahkan dengan ujian kehamilan atau ujian pengimbasan ultrasound.
Pendarahan ini boleh disebabkan oleh haid yang tidak teratur yang merupakan gejala utama seorang wanita yang menghidapi PCOS. Walaupun menerima rawatan, gejala ini mungkin juga akan datang sekali sekala. Sementara ini, anda boleh memberi perhatian pada pendarahan ini dan merekod berapa hari pendarahan ini. Jikalau anda tidak datang period pada bulan ini, anda boleh membuat ujian kehamilan di rumah atau di klinik.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.