Sulit
3 tahun
PCOS dan ubat datang haid
Salam Dr. Sy wanita berumur 27 tahun. Saya ada masalah PCOS. Period cycle saya lebih 50 hari. Ya saya sedang menjaga diet dan dengar nasihat dr. Tapi saya terfikir, Kalau saya makan ubat turun haid tu dengan kerap untuk mempercepatkan tempoh period sy, boleh ke? ada masalah tak kalau ambil ubat turun haid 1bulan 2x atau sampai datang period. Saya ada juga study, Pcos ni kurang hormon perempuan dan hormon kluarkan period tu xde. Means banyak hormon lelaki ke, sbb sy dapati sy ada tumbuh sehelai 2 janggut (sebelum dpt pcos xde).
dan apa nasihat dr bg rawatan ilangkan PCOS ni?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, saya kurang pasti dengan persoalan anda tentang ubat yang anda nyatakan.
Untuk pengetahuan anda, PCOS menyebabkan gangguan hormon dan menyebabkan metabolisme hormon androgen dan estrogen serta pengeluaran hormon androgen tidak normal. Makanya, terlalu banyak hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), lalu menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen. Hal ini menghalang ovulasi serta menghasilkan simptom-simptom lain berkaitan dengan sindrom ini. Kekurangan pengeluaran estrogen ini menyebabkan hormon progesteron yang dihasilkan oleh wanita dengan PCOS ini berkurangan. Hormon ini berfungsi untuk menghentikan pengeluaran hormon LH dan FSH. Oleh hal yang demikian, penghasilan LH tidak dapat dihentikan dan menyumbang pada sindrom ini.
Malangnya, penyakit ini tiada penawar dan rawatannya hanyalah untuk mengawal atau mengurangkan simptom dari penyakit ini. Antara tujuan ubat-ubatan adalah untuk mengurangkan tahap insulin, mengembalikan kesuburan, merawat hirsutism serta jerawat dan mengembalikan kitaran normal haid.
Antara ubat-ubatan yang diberikan adalah:
- Ubat perancang keluarga: mengembalikan kitaran haid yang normal dan mengurangkan simptom hirsutism (bulu lebat).
- Agen penyekat: androgen (Androgen-blocking agent): membantu mengurangkan masalah hirsutism (bulu lebat) sekiranya ubat perancang keluarga tidak berkesan.
- Clomiphene citrate: untuk menggalakkan kesuburan.
- Metformin: mengawal penyakit diabetes yang sering berlaku dalam wanita yang menghidapi PCOS
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!