Sulit
4 tahun
PCOS pt - Haid tidak teratur
Saya berumur 29 tahun dan baru berkahwin pada Jan 2021. Saya seorang PCOS pt dan mempunyai masalah haid tidak teratur ketika saya masih bujang lagi. Pada bulan Mac 2021, saya telah disahkan mengandung dan UPT saya menunjukkan double line walaupun masih samar. Dan disebabkan itu, saya melakukan ujian UPT berkali kali tetapi tiada tanda positif. Saya juga mendapatkan konsultasi di klinik yang berlainan dan disahkan negatif. Saya juga telah melakukan gynae scan untuk mengesahkan hal ini. Adakah PCOS penyebab saya positif pada awalnya? Bagaimanakah cara untuk saya mengawal atau mengurangkan follicle yang ada?
Dan sehingga kini, hari ke 69 saya masih belum period. Last period saya ialah pada 4/2/2021. Ada yang mencadangkan supaya saya mengambil ubat untuk period seperti duphaston, medroxyprogesterone & norethindrone. Adakah ianya selamat untuk saya? Adakah saya perlu membuat full body check up dahulu sebelum mengambil sebarang ubat? Saya betul betul stress dengan hal ini dan saya mengalami masalah mood tidak menentu & kadangkala sakit seperti period tetapi tidak period. Bantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, secara umumnya pesakit PCOS akan mengalami masalah haid tidak teratur dan kemudiannya mengganggu kesuburan wanita tersebut. Terdapat beberapa sebab mengapa keputusan ujian kit kehamilan menunjukkan keputusan negatif ataupun samar-samar:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Masalah PCOS ini hanya boleh dirawat dan dikawal dengan beberapa cara:
- Ubat-ubatan, tetapi ubat-ubat ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor terlebih dahulu
- Pembedahan: Untuk memecahkan cyst tersebut supaya telur atau ovum dapat dilepaskan ke dalam tiub Falopio (Fallopian tube)
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























