
Sulit
4 tahun
PCR swab test inconclusive. N gene CT value 36.777
Saya ada berurusan dgn rakan sehari sebelum beliau disahkan covid. Keesokan harinya saya terus buat RT PCR swab test. Keputusan inconclusive. Egene not detected tapi N gene mempunyai CT value 36.777. Perlukah saya buat pcr dgn antibody? Adakah result ini gambaran awal,saya tlh dijangkiti covid?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika ujian saringan anda inconclusive, anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan lagi sekali kerana anda pernah berurusan dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini