
Sulit
3 tahun
Pcr test covid19 33.13
Doctor, result pcr test saya ct value 33.13. Apa maksud ya? Adakah senang berjangkit kpd orang lain?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. CT value ataupun cycle threshold adalah nilai dalam ujian PCR untuk mengesan SARS-CoV-2 coronavirus. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang daripada 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah boleh bermakna:
- Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
- Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
- Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
- Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
- Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
- Jangkitan berada di peringkat akhir
- Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
- Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
- Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
- Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
- Pengesanan saki baki virus sahaja.
- Juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR Ct value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilkan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini