
Sulit
4 tahun
Pearl penile papules
Hello doctor saya umur 24,saya ada ppp pada alat kelamin pada umur 6tahun bagai mna cara mengubatinya ya doc help me pleass?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Pearly Penile Papules. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Pearly Penile Papules juga dikenali sebagai hirsutoid papillomas, besaiz kecil dan berbentuk ketulan yang berada disekitar kepala zakar. Papules ini kelihatan seperti jerawat, tetapi ianya tidak mengeluarkan nanah. Untuk pengetahuan anda, Pearly Penile Papules ini tidak membawa kepada kemudaratan dan ataupun bahaya kepada kemaluan anda. ianya akan hilang dengan sendirinya apabila umur anda meningkat dewasa kelak.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih