
Sulit
3 tahun
Pedarahan ketika hamil
Saya wanita berumur 32thn. Kini sedang hamil anak yg kedua, dan usia kandungan saya, 6 minggu (agak2) anak pertama saya pula berusia 9thn. Dalam 2/3 minggu yg lepas, sya sering mengalami pendarahan yg sikit. Walaupun sikit, tetapi setiap hari. Dan dlm bberapa hari yg lepas, pendarahan tersebut agak banyak dri yg biasa. Tapi hanya pada hari itu sahaja. Manakala hari berikutnya, seperti biasa. Kluar dgn kuantiti yg sikit. Saya ada pergi ke klinik utk berjumpa dgn doct, di scan. Baby masih di dalam rahim, denyutan nadi juga sudah boleh dilihat. Jika ditanya, adakah sya mengalami apa2 kesakitan? So far… tidak ada. Sya hanya khuatir. Adakah normal bagi awal kehamilan sperti saya mengalami pendarahan dlm jangka yg begitu lama? (3 minggu, setiap hari)

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pendarahan awal kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- pendarahan implantasi
- keguguran yang terancam
- keguguran spontan atau lengkap
- ovum yang hancur
- kematian janin di dalam rahim
- kehamilan ektopik
- kehamilan molar
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.