
Sulit
5 tahun
Pedih di bahagian bawah perut
Saya perempuan berumur 23 tahun. Baru baru ini saya mengalami ‘bloated’ perut dalam 2 hari, sebelum ada ‘sharp pain’ yang berpanjangan kat bahagian bawah perut. Saya tak boleh luruskan badan dan susah untuk berjalan. Tarik nafas dalam pun rasa sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit perut yang anda alami. Untuk makluman anda, gejala sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Sakit pada bahagian bawah perut boleh berpunca daripada organ usus, rahim, pundi kencing dan bahagian pelvis.
Untuk mengetahui punca sakit perut yang anda hadapi, maklumat lanjut haruslah diperolehi. maklumat seperti bahagian kesakitan, ciri kesakitan dan sejarah perubatan adalah penting untuk mengetahui puncanya. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.