
nurulhdyh92
4 tahun
Pedih kulit muka dan minor pengelupasan. Kulit kering to oily
Hi. Saya wanita berumur 29 tahun. Saya mengalami masalah kulit muka pedih dan ada sikit mengelupas. Boleh doctor suggest and advise apa yang saya perlu buat. Bila pakai cleanser dia pedih tak pakai cleanser pun pedih.
Pedih bahagian kelopak mata and tulang pipi bawah mata

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah kulit mengelupas, seperti:
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria
- Penjagaan kulit yang kurang memuaskan
- Sunburn
- Alahan terhadap bahan yang terdapat dalam produk penjagaan muka
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai salah satu cara mengatasi masalah yang dihadapi:
- Berjumpa dengan pakar kulit sekiranya gejala yang dialami mengganggu anda dari segi fizikal atau mental
- Elakkan dari bertukar produk penjagaan muka dengan terlalu kerap
- Menggunakan produk penjagaan muka yang sesuai dengan jenis kulit anda
- Menggunakan pelembap muka
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.