
Sulit
4 tahun
Pedih perut dan haid yang sedikit
Saya wanita 18 tahun ingin menanyakan masalah yang dihadapi oleh rakan saya , dia berumur sebaya saya , dia menghadapi masalah haid sedikit , baru baru ini dia telah membuat hubungan intim dengan tunang dia but at the same time diorang tak melakukan something like boleh pregnant mcm memasukkan em ke em , sorry soalan yang menggelikan tetapi dia telah memegang air mani tunang dia tetapi dia dah basuh but at the same time dia memasukkan jari dia ke dalam lubang vagina untuk meyucikan bahagian tersebut . So pertanyaan bagi pihak beliau , adakah dia boleh hamil ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, aktiviti berisiko seperti yang dinyatakan boleh menyebabkan kehamilan sekiranya terdapat air mani didalam kemaluan wanita walaupun jumlahnya sedikit. Namun begitu, risiko kehamilan adalah rendah jika tidak ada kesan yang jelas oleh air mani pada kemaluan wanita. Untuk mengetahui secara telus, ujian air kencing boleh dilakukan 1-2 minggu selepas persetubuhan.
Gejala sakit perut dan haid yang seikit boleh disebabkan seperti jangkitan kelamin, jangkitan saluran/pundi kencing, endometriosi, kehamilan atau fibroid. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan kawan anda, rakan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Rakan anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi kawan anda akan kami jaga. Terima kasih.