
vianaaminra.raw
5 tahun
Pedih selepas kencing dan kerisauan period lambat
Saya berusia 38tahun sudah berkahwin… Baru2 ni sy mengalami kencing kotor dan saya telah mengambil ubat antibiotik seperti disarankan oleh dok disebabkan tempoh kesakitan agak lama. Sepanjang saya sakit sy tidak lalu makan sehingga mengalami gastrik… Setelah ambil ubat gastrik sy membaik tetapi saya masih sakit ketika lepas kencing sehingga saya deman seram sejut. Satu lagi dok. Seblm ni saya makan pil perancang. Semasa saya sakit sy terlupa makan ubat tersebut sepanjang mggu yang terakhir… Sehingga mggu period tapi sy period saya tidak datang jugak.stress dibuatnya. Skrg saya sering mengalami sakit kepala dan mual…rasa resah. Uri test telah saya ambil dan keputusan negatif… Adakah berpunca dari sakit kencing pedih atau ada masalah lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sindrom pre menstrual
- kesan sampingan ubat seperti antibiotik
- migraine
- sakit kepala berkelompok, Cluster headache
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.