
judyzack5445
2 tahun
Pedih ulu hati, kejang bahagian dada sebelah kiri
Saya wanita berusia 46 tahun. Dalam minggu ini, saya telah 2 kali merasa pedih ulu hati yang teramat sangat sampai saya berpeluh peluh menahan sakit. Kerap kali juga saya mengalami macam sesak nafas bila saya merasa sakit macam muscle cramp di dada. Yang sering rasa nyeri ialah dada sebelah kiri. Salah satu simptom yang saya perasan, kalau pedih ulu hati ni, saya akan rasa loya, berak pun cair serta rasa pening. Saya juga mengalami rasa nak pitam.
Untuk pengetahuan doktor, berat badan saya 50kg dan tinggi 5" 2. Selama ni saya buat health screening ok je.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
GERD (penyakit refluks)
Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
Batu pada saluran hempedu.
Walaubagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami anda berkala dan hanya melibatkan gejala seperti kembung perut, rasa loya, rasa masam di dalam mulut dan perut yang tidak selesa, anda berkemungkinan untuk hanya mendapat penyakit refluks atau GERD.
Sekiranya masalah ini berlarutan atau bertambah teruk dan membimbangkan anda, sila rujuk kepada doktor bagi mendapatkan penyelesaian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi sesi konsultasi peribadi secara atas talian. Terima kasih.