
Anonymous
5 tahun
Pedih ulu hati ketika hamil lapan minggu
Saya wanita berumur 30tahun…saya mengandung anak ke 2…saya baru lapan minggu hamil…bayi saya alhamdulillah sudah ada heart beat… maksalah saya muntah atau morning sickness saya sangat teruk…saya langsung tidak boleh makan atau minum…saya akan muntah kesemuanya tak sampai berapa minit saya makan atau minum…boleh kah saya mencuba makan gaviscon untuk melegekan kesakitan saya…?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Lazimnya, dalam wanita mengandung terutamanya pada trimeseter pertama akan mengalami alahan yang teruk terutamanya pada sesetengah aroma dan makanan kerana peningkatan hormon beta HCG.
Gaviscon adalah antacid yang lazimnya digunakan untuk
- melegakan asid berlebihan dalam perut
- ketidakhadaman
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pakar perubatan kami