Anonymous
4 tahun
Pedih ulu hati pada atas perut
saya lelaki berumur 33 tahun… sy mghadapi senak di dada… terasa panas… perut kembung… bila ditekan semacam ade ketulan angin dalam perut… tetapi tidak sakit… cuma tidak selesa pada kawasan atas perut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat seperti omeprazole boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain itu, satu lagi jenis ubat yang boleh diberi adalah anti-histamin. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami.


















