
nafeesamalek16
5 tahun
Pedih ulu hati, sukar bernafas, sakit tekak
Saya berumur 19 tahun. 16/3 saya membuat perjalan dr kl ke penang menaiki pesawat. Tetapi saya menjaga kebersihan semaksima yang mungkin dgn mencuci tgn secara kerap.
Namun, beberapa harini ini saya mengalami rasa sakit tekak tetapi tidak demam dan tidak batuk. Dan juga harini rasa pedih ulu hati serta kesukaran bernafas. Saya pernah masuk hosp 6 bulan lps dan doktor kata panic attack/anxiety. Saya ada baca anxiety boleh menyebabkan sukar utk bernafas. Jadi, disni saya amat risau sama ada perlu utk buat saringan covid atau tidak.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Jangkitan bakteria atau virus
- dehidrasi
- cuaca panas
- pneumonia
- radang tonsil
- radang pharynx
Kesukaran bernafas pula boleh disebabkan oleh masalah kesihatan berikut:
- anemia
- asma
- pneumonia
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini