Sulit
4 tahun
Pedih ulu hati yang berlarutan
hai doktor saya lelaki dewasa berumur 31 tahun.sejak 2,3 bulan ini saya sering kali mengalami masalah pedih ulu.hampir setiap hari saya akan pergi hospital sebab pedih yang terlalu kuat.doktor telah memberikan saya ubat pantoprazole malangnya setiap kali saya memakan ubat tersebut saya akan merasakan ketegangan otot dan sakit pada belakang leher saya…saya juga mengalami pening,sakit kepala,dan degupan jantung secara tiba-tiba menjadi laju dan dada akan terasa sakit.soalan saya yang pertama adakah masalah pedih ulu hati ini akan sembuh tanpa pembedahan??..dan soalan saya yang kedua adakah simptom-simpton yang saya nyatakan selepas mengambil ubat pantoprazole ini adalah allergic reaction??..perlukah sya meneruskan pengambilan ubat ini??
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Masalah ritma jantung
- Penyakit jantung - seperti penyakit koronari tersumbat
- Masalah hormon seperti hipertiroid
Gejala-gejala yang anda alami bukanlah reaksi yang biasa dialami bagi alahan ubat, namun jika anda mengalami masalah-masalah ini selepas pengambilan ubat yang diberikan, maka anda perlu merujuk kepada doktor anda semula. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.