
Sulit
3 tahun
Peha kiri kebas dan bisa-bisa
Saya lelaki 28 tahun dan saya ingin bertanya sejak seminggu lalu bawah perut belah kiri terasa senak jika saya tekan dibahagian tersebut saya akan sendawa angin dan ia terasa senak juga dibahagian testis belah kiri saya jika saya tekan tetapi tidak terasa sangat senak berbanding dibawah perut saya, kemudian peha kiri sehingga betis akan terasa lenguh dan bisa-bisa. Boleh doktor jelaskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya, sembelit, sindrom iritasi usus, penyumbatan usus, angin pasang, jangkitan usus dan lain.
Selain itu, gejala rasa senak di bahagian testis dan lenguh pada peha boleh terjadi sebab gangguan pada saluran darah dan saraf jika sembelit anda teruk sangat; ataupun ia adalah gejala angin pasang.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.