
Sulit
4 tahun
Peluang hamil lepas ambil pil postinor
Saya wanita berumur 27 tahun, saya ada ambik sebijik pil postinor pada bulan september 2020. Boleh saya tahu saya berpeluang lagi tak untuk hamil? maksudnya adakah pil postinor masih beri kesan untuk jangka masa yang lama sebab sekarang saya tengan mencuba untuk dapatkan baby (TTC). Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Umumnya, terdapat beberapa jenis pil perancang dengan indikasi, cara pengambilan dan kadar keberkesanan yang berbeza, justeru itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor anda kembali atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarga yang terbaik buat diri anda saat ini. Selain daripada itu terdapat juga kaedah perancangan keluarga yang lain antaranya termasuk IUCD & suntikan perancang.
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Lazimnya sesetengah pil perancang akan hanya berkesan jika diambil pada hari pertama haid berlangsung dan berterusan setiap hari, sehingga perancangan keluarga ingin dibatalkan. Namun setelah diambil, kemungkinan terdapat beberapa kesan sampingan buat sementara waktu bagi sesetengah individu seperti
- kitaran haid tidak teratur
- sedikit susah untuk hamil
- gejala akibat dari tidak kestabilan hormon (pening, loya dan sebagainya)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.