
Sulit
4 tahun
Peluang mengandung selepas datang bulan
Sy telah period pd 11/1 sehingga 16/1 selama 6 hari.
Pada 25/1 sy telah bersama prtner tanpa sebarang perancang kehamilan… Adakah kebarangkalian utk sy mengandung?sekirannya kitaran haid sy setiap bulan 25 hari. Tq doktor

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke 11 hingga hari ke 16 daripada hari pertama haid. Memandangkan anda melakukan hubungan seks pada hari ke 15 waktu kitaran haid anda, risiko untuk kehamilan adalah tinggi. Namun begitu, untuk mendapatkan kepastian anda boleh melakukan ujian kehamilan seminggu atau 2 minggu selepas haid lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.