
Sulit
5 tahun
Peluang untuk hamil tinggi atau rendah
Saya berumur 23 tahun dan sudah berkahwin. Saya baru sahaja melakukan hubungan seks bersama suami saya dan kami tidak mengambil dan memakai apa apa jenis perlindungan. Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak untuk masa ini. Saya telah melakukan hubungan seks 2 hari sebelum haid dijangka datang. Suami saya juga sempat mengeluarkan air mani nya daripada vagina saya.
Soalan saya, adakah saya perlu pengambil pil perancang untuk elak hamil atau peluang saya untuk hamil adalah rendah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda melakukan persetubuhan dan suami anda tidak melepaskan air maninya ke dalam faraj anda, kemungkinan untuk hamil adalah rendah.
Sekiranya anda belum bersedia atau merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, anda dinasihatkan untuk mula menggunakan pil perancang kehamilan bagi tujuan kaedah perancangan keluarga yang lebih berkesan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.