
Sulit
3 tahun
Peluang untuk mengandung lagi(umur 44thn)
saya ingin bertanya,suami mengalami kemalangan dan koma seminggu,selamat menjalani pembedahan di kepala utk keluarkan darah beku…selama setahun saya dan suami tidak bersetubuh kerana kesihatan nya…setelah setahun tiba2 suami ada perasaan utk bersetubuh semula dan tanpa pencegahan utk mengandung saya telah bersetubuh…apakah saya mempunyai peluang yg tinggi utk mengandung lagi…saya takut sb sebelum suami terlibat dgn kmlagan saya mengambil pil perancang utk cegah kehamilan dan berhenti ambik sewaktu suami tidak sihat selama setahun

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah untuk mendapatkan zuriat ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Faktor wanita seperti ketidakseimbangan hormon, masalah rahim tidak kuat
- Faktor lelaki seperti sperma tidak cukup, sperma tidak sihat
- Faktor genetik seperti kecacatan genetik apabila berlaku persenyawaan
Bagi memudahkan kehamilan, anda dan pasangan anda disarankan:
- Makan makanan yang berkhasiat
- Makan asid folik
- melakukan hubungan pada waktu kesuburan iaitu 14 hari setelah haid. Setiap 2 hari selama seminggu dan bukannya pada setiap hari.
- tingkatkan berat badan jika anda terlalu kurus
- tidak melakukan aktiviti berat secara berlebihan.
Untuk mengatasi masalah ini sebelum rujukan pakar dibuat, pasangan yang inginkan zuriat perlu melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sekiranya selepas setahun mencuba masih gagal untuk mendapat anak, maka pemeriksaan lanjut oleh pakar perlu dibuat.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.