
Sulit
4 tahun
Peluang untuk mengandung
saya telah melakukan hubungan seks bersama pasangan saya… pd malam tersebut… pasangan saya “pancut” luar… dia dah bersihkan dan basu adakah sy ada peluang utk mengadungh sehingga berdih… keesokan paginya, kami melakukan lg bungan seks… tetapi x “pancut”… selepas selesai, saya perasan ada serpihan air mani menjadi mcm mengelupas melekat pd “adik” dia… sy perccaya itu saki baki air mani malam adi…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya memahami kebimbangan anda tentang risiko kehamilan. Untuk makluman anda, terdapat risiko kehamilan jika pasangan anda memasukkan zakar ke dalam faraj anda walaupun memancut air mani ke luar. Hal ini kerana, air mazi masih boleh mengandungi sperma walaupun sedikit. Selain itu, jika anda sedang merancang kehamilan, saya sarankan anda menggunakan alat perancang kehamilan seperti pil hormon atau kondom bagi pasangan anda. Namun, seks diluar perkahwinan adalah tidak digalakkan kerana tidak diketahui status HIV atau STD pasangan.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.