Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Peluh pada tapak tangan dan kaki serta peluh dimuka jika berdebar

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 15, 2019 2:47 AM
Anonymous 3 bulan

Saya seorang lelaki berumur 29 tahun dan mengalami palmer hyperhidrosis sejak sekolah rendah.

Peluh pada tapak tangan pada awalnya tidak menggangu saya tapi setelah menganjak ke umur dewasa ianya mengganggu emosi saya ketika aktiviti sosial yang melibatkan berjabat tangan. “Self esteem” saya makin merundum dan ianya telah buat saya amat malu untuk berjabat tangan.

Tapi sekarang masalah makin serius, saya lebih cenderung untuk berpeluh pada kawasan muka jika berdebar dan apabila orang sekeliling mula perasan dan menegur saya saya akan lebih berpeluh dan situasi itu akan menyebabkan saya panic attack.

Situasi ini menyebabkan saya anxiety. Perkara yang trigger anxiety dan panic attack saya ialah berpeluh. Saya risau jika saya berpeluh dikawasan muka dan orang mulai perasan dan tegur.

Situasi ni hanya terjadi jika saya terlibat dalam aktiviti sosial yang melibatkan orang-orang baru. Hari-hari biasa saya tiada masalah peluh dimuka dan panic attack.

Saya pernah berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan dan beliau diagnos saya dengan anxiety disorder. Tapi saya tahu diri saya, perkara yang menyebabkan anxiety saya ialah peluh. Jika selesai masalah peluh saya ini, saya yakin tiada lagi anxiety dan panic attack.

Bolehkah doktor cadang dimana saya boleh dapatkan pil yang boleh hentikan peluh-peluh saya untuk seketika. Saya berhajat nak guna untuk “certain occasion” sahaja.

Saya sudah pergi berpuluh klinik swasta dan kerajaan tapi doktor-doktor mengatakan tiada pil untuk peluh.

p/s: ujian thyroid saya normal. Saya tiada masalah kesihatan, tiada pengambilan dadah dan alkohol.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai [hiperhidrosis] adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.

Peluh yang berlebihan yang dikaitkan dengan hiperhidrosis biasanya paling aktif di tangan, kaki, ketiak, dan pangkal paha kerana konsentrasi kelenjar peluh yang agak tinggi. Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:

  • Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
  • Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa tahun remaja.

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.kuat%20berpeluh

Dikemaskini pada: Wed May 15 2019 02:47:56 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15