
Anonymous
2 tahun
Peluh yang banyak (extreme)
Saya lelaki berumur 35 thn…masalah yang saya hadapi ialah saya kuat berpeluh terutamanya dibahagian kepala.sekiranya saya berada di bawah pancaran matahari atau tempat yang tidak ada udara,saya akan berpeluh dengan banyaknya…begitu juga ketika makan makanan yang pedas…ianya akan lebih banyak sekiranya saya melakukan aktiviti senaman atau apa sahaja yang melibatkan pergerakan badan seperti mengemas rumah dsbgainya…menjadikan saya ‘down’ dan malu untuk berhadapan dengan org…adakah saya mempunyai masalah yang serius?adakah ini normal?diharap para doktor dapat berikan saya jawapannya…terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Peluh ketika cuaca panas, makan makanan pedas dan bersenam adalah normal kerana ia adalah cara tubuh mengawal suhu badan. Namun begitu sesetengah orang berpeluh lebih banyak atas sebab-sebab seperti:
- Genetik
- Stress
- Anxiety
- Masalah obesiti
- Masalah diabetes
- Masalah tiroid
- Pengambilan alkohol
Oleh kerana masalah ini amat menggangu anda, saya sarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar punca masalah yang anda hadapi dapat diketahui dan dirawat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Konsultasi dan ubatan anda adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.