Sulit
5 tahun
Pelvic bengkak ketika kemalangan, bengkak dah surut tapi ada benjolan keras
Saya lelaki 36tahun mendapat kecederaan ketika sukan motocross di bahagian pelvic saya ditimpa motor. Xray dan urin dah diambil dihospital dan dibenarkan pulang. bengkak dan menyusut tapi ada benjolan.
kemalangan sudah 7 hari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan kemalangan yang menimpa anda justeru kami memahami kebimbangan anda akan hal ini. Namun, untuk makluman anda, benjolan yang anda maksudkan memerlukan pemeriksaan yang komprehensif sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, secara umum, benjolan pada kawasan tersebut boleh disebabkan oleh faktor bekas luka, faktor struktur tulang dan juga otot.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mengalami gejala seperti di bawah, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Gejala yang dimaksudkan adalah seperti:
- sakit pada tempat benjolan
- benjolan semakin membesar
- kembali membengkak
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
































