
Sulit
5 tahun
Pemakanan Postinor 2
hello doctor…saya nak betanya tentang pemakanan postinor 2. saya baru terbaca sepatutnya pil ini dimakan sebiji-sebiji. tetapi saya baru tersedar bahawa saya tersalah makan, saya makan 2 biji sekali gus. adakah ada kemungkinan yang tinggi saya akan mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kemungkinan untuk anda hamil ialah 1% dan ini sangat rendah. Namun, anda dinasihatkan untuk mengambil ubat ini mengikut arahan yang diberikan iaitu secara berasingan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.