
Sulit
4 tahun
Pemakanan yang seimbang
saya terbeli rolled oat, bila tengok packaging for rolled oat, dia kata kena rebus for 5-7 minutes. but, boleh ke just nk rendam rolled oat dalam air panas mcm yg instant tu? and apa pendapat doktor tentang org yg makan karbohidrat for breakfast, lunch and dinner without makan sayur or ayam/ikan ?

4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Untuk pengetahuan anda, kami tidak boleh untuk mengulas lanjut berkenaan dengan produk makanan seperti bijirin atau oat. Sebaiknya anda mendapatkan pencerahan terperinci daripada pengeluar produk tersebut.
Berkenaan dengan pemakanan seimbang. Sebaiknya setiap hidangan mengandungi sumber protein, karbohidrat, lemak dan juga serat. Badan manusia memerlukan sumber nutrisi yang cukup dan seimbang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami. Terima kasih