
Sulit
4 tahun
Pembawa virus Covid 19
Hi doc, saya nak tanya, kawan sekerja saya telah diuji covid 19 dan disahkan positif tanpa tanda gejala. Dia tidak dikuarantin kerana doktor mengatakan virus covid dalam badan nya hanyalah sebagai pembawa dan tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain. Kesemua rakan sekerja juga telah dilakukan ujian dan memang benar tiada rakan yang positif. Saya kurang jelas kenyataan beliau. Kerana apa yang saya faham, seseorang pembawa boleh menyebabkan jangkitan pada orang lain. Apa pandangan doktor? Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Untuk pengetahuan anda, jika seseorang itu asymptomatic ia bermakna mereka tidak mempunyai gejala-gejala COVID-19 tetapi mereka adalah positif COVID-19. Ia tidak bermakna pesakit asymptomatic tidak boleh jangkiti orang lain. Kajian terkini mendapati bahawa tahap jangkitan daripada pesakit asymptomatic adalah lebih rendah daripada pesakit yang mempunyai gejala dan pesakit yang akan mendapat gejala (pre-symptomatic). Setakat ini tiada laporan yang menyatakan pesakit asymptomatic tidak akan menjangkiti orang lain oleh itu langkah terbaik adalah untuk menjaga jarak dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Anda disarankan untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini