
Sulit
5 tahun
Pembedahan jantung belubang
Saya wanita 20an akan menjalani pembedahan jantung berlubang, saya ada baca tentang rawatan jantung belubang secara Catheter procedure dan pembedahan, boleh doktor jelaskan resiko dari kedua-dua kaedah tersebut dan kesan selepas menjalani rawatan dari kedua-dua kaedah tersebut.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan soalan anda, perbezaaan antara catheter dan pembedahan terbuka (open surgery) adalah:
- Catheter menggunakan wayar tiub yang dimasukkan melalui saluran darah manakala pembedahan terbuka adalah prosedur membuka tulang dada dan merawat jantung berlubang secara terus
- Prosedur catheter mempunyai risiko yang berbeza dengan pembedahan terbuka dimana prosedur catheter memerlukan kepakaran tinggi dan mempunyai risiko jangkitan kuman ditempat kemasukan catheter. Risiko pembedahan terbuka adalah seperti lambat masa pulih, jangkitan kuman di dada, serangan jantung ketika pembedahan dan banyak lagi
Untuk menentukan prosedur mana yang lebih sesuai adalah bergantung kepada risiko dan kehendak pesakit jika dipersetujui oleh pakar bedah. Oleh itu, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor anda atau pakar kami mengenai risiko dan kelebihan kedua-dua prosedur yang bersesuaian dengan anda. Sekian
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!