
Sulit
3 tahun
Pembedahan kanser air liur
Isteri sy mngandung 5 bln perlu buat pembedahan buang kanser air liur, isteri sy ad masalah pernafasan, dh buat sleep test, doc cakap result dia sederhana teruk, pembedahan akn dibuat bulan depan,sy nk tya pndapat doc, adakah isteri n anak dlm kndungan akan selamat dari pembedahan yg akan dibuat?..sy amat risaukn kesihatan isteri dan anak sy…sy mohon bantuan dari doc, trima ksih doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan isteri dan anak anda. Untuk makluman anda, setiap prosedur perubatan terutama pembedahan memiliki risiko tertentu. Namun, ianya bergantung kepada kondisi kesihatan seseorang itu. Doktor yang memeriksa secara menyeluruh akan mempertimbang keputusan mengenai tindakan yang bakal diambil. Sukar bagi kami memberikan kesimpulan atau jawapan yang dikehendaki tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan yang menyeluruh dan terperinci.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih