
Sulit
4 tahun
Pembedahan laparoscopy
saya baru lepas buat laparoscopy pada 17/11/202, which 7 hari stelah last period dan sewaktu sy discharge doc gynae telah beri suntikan lucrin utk 5-6 bulan period stop
Soalan sy pertama,
- bilakah dan bolehkah sy bersama dgn suami?
- dan betul ke orang cakap antara side effct injection lucrin itu will cause to vaginal dryness ?
- walaupun telah mendapat injection lucrin, tapi still akan kuar period for the first month of injection?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, anda boleh melakukan hubungan seks dengan pasangan apabila anda rasa cukup selesa untuk melakukan seks dan tiada pendarahan lagi selepas laparoscopy. Kebiasaannya seminggu hingga dua minggu selepas prosedur.
Namun begitu, lucrin adalah ubat yang digunakan untuk merawat kanser prostat untuk lelaki. Ia tiada kesan sampingan kepada wanita. Disebabkan kekurangan maklumat, saya tidak pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.