Sulit
5 tahun
Pembedahan tempurung kepala.. selepas 1 bukan saya perasan tempurung saya makin jatuh
3bulan lepas saya baru sahaja membuat pembedahan belah tempurung kepala… Selepas 1bulan pembedahan saya perasan tempurung saya makin jatuh … adakah ianya akan kekal dan akan makin jatuh dan jatuh
5 tahun
Terima kasih atas soalan tersebut,
Untuk pengetahuan anda, tempurung kepala akan bercantum semula dan sembuh dalam jangaka masa 2 hinggalah 8 minggu selepas pembedahan. Jika tempurung kepala anda kelihatan jatuh ataupun berada pada posisi yang tidak sepatutnya, anda hendaklah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera terutamanya jika anda mengalami simptom atau pun gejala berikut:
- Pening kepala berlarutan
- Muntah
- Pitam
- Bengkak atau pendarahan pada tempat bedah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































