
Sulit
4 tahun
Pembedahan terasa gatal apabila makan seafood
Hello Doktor,
Sebulan yang lalu, saya telah menjalani pembedahan buang ketulan di payudara… Sejak kebelakangan ini, luka terada gatal selepas memakan seafood dan telah menggarunya… Apakah kesan sekiranya ia digaru ?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan kepada penerangan anda, lebih maklumat diperlukan untuk mengenalpasti punca kegatalan serta kaedah rawatan yang bersesuaian. Maklumat seperti sejarah kesihatan, allergi, gambar kawasan kegatalan serta ubat-ubatan dapat memfokuskan kepada punca tersebut. Mengenai garu di tempat luka adalah tidak dibenarkan kerana ia boleh merebakka jangkitan kuman serta melambat proses pemulihan di kawasan luka.
Anda boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk bertanya serta beri info secara privasi. Terima kasih.