
alahai92
5 tahun
Pembelian Amlodipine 5mg secara atas talian
Saya adalah pesakit darah tinggi dan mengambil bekalan ubat daripada Klinik Kesihatan. Ubat yang saya ambil adalah Amlodipine 5mg. Namun begitu, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan ini bekalan ubat saya makin berkurangan dan akan habis dalam tempoh PKP ini. Wajarkah saya beli sahaja ubat yang sama secara atas talian demi untuk mematuhi arahan PKP ini? Atau saya kena juga ke Klinik Kesihatan berjumpa doktor dan ambil bekalan ubat seperti biasa.
Tambahan pula, bekalan ubat saya biasa ambil di Klinik Kesihatan berdekatan tempat kerja namun sekarang saya berada di kampung dan Klinik Kesihatan adalah agak jauh. Saya juga risau ke Klinik Kesihatan atas faktor terdedah untuk dijangkiti Covid-19. Wajar saya beli ubat secara online atau terus ke Klinik Kesihatan seperti biasa?

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Pihak kami menyediakan servis konsultasi bersama doktor dan preskripsi ubat akan diberikan jika anda memerlukan ubat tetsebut.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini ataupun sebaliknya.
Sekira perlu, anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.