
Anonymous
5 tahun
Pembengkakan dirahang
saya seorg lelaki berumur 24thun . saya pernah kemalangan jln raya. rahang saya retak/patah . sudah buat operation pasang skru. selepas 1bulan operation rahang saya bengkak semula . kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami komplikasi dari pembedahan itu. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘Surgical Site Infection’- Jangkitan di kawasan pembedahan. Ini selalunya terjadi bersama gejala demam.
Keadaan ini memerlukan pemerhatian doktor dan perlu diperiksa dan dirawat. Saya sarankan untuk anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.