
Sulit
4 tahun
Pembuangan air besar normal yang kerap
Hello Doctor,
Saya sekarang berusia 42 tetapi telah mengalami keadaan ini secara berterusan dari umur 20-an lagi. Saya tidak pernah terfikir untuk bertanya dengan doktor sebelum ini sebab merasakan ini mungkin perkara yang normal memandangkan saya juga tidak mengalami masalah berat badan yang susut dan makan seperti biasa. Dengan ketinggian 148 cm dengan berat badan 40kg, doktor saya jumpa kata berat badan saya sepadan. Tapi ada rasa juga nak tanya dengan doktor kerana perasan kurang selesa apabila keranp buang air besar selesai saja mengambil apa-apa santapan. Ini menyebabkan perut saya berkeroncong semasa bekerja. Doktor rasa saya ini adalah masalah ususkah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda yang diberi, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap buang air besar sehingga menyebabkan perut anda terasa berkeroncong. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi mungkin hanyalah satu perkara yang normal namun ia juga boleh menunjukkan penyakit usus yang perlu diketahui lebih lanjut.
Secara umumnya, gejala kerap berak adalah tanda yang usus anda sihat dan berjalan lancar. Namun, ia boleh disebabkan oleh masalah usus yang tersembunyi sekiranya perkara ini menjadi teruk dan didatangi dengan simptom-simptom yang lain. Antara penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda ialah:
- Anda mungkin mengamalkan pemakanan yang sihat seperti memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi fiber yang tinggi.
- Amalan gaya hidup yang sihat serta terlalu aktif boleh menyebabkan metabolisma anda tinggi serta penghadaman yang terlalu lancar dan laju.
- Terlalu banyak minum kopi
- Terlalu stress atau kegelisahan
- Penyakit alahan atau ketidakbolehan toleransi atas makanan yang diambil seperti Gluten (Celiac Disease). Contoh gluten: gandum, tepung, dan barli
- Penyakit keradangan usus Chron
- Penyakit irritasi usus (irritable bowel syndrome)
- Jangkitan kuman pada usus
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Najis berdarah
- Cirit-birit
- Dehydrasi seperti kering mulut dan tekak
- Muntah-muntah
- Gejala sembelit
- Demam
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.