
Sulit
3 tahun
Pembuangan najis bayi 2 bulan
Baby saya 2 bulan sangat jarang membuang.tempoh membuang dalam 5 hari sekali.baby saya full breasfeeding.adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang sama ada kekerapan membuang air besar bagi bayi anda yang berumur 2 bulan dan menyusu badan normal atau tidak. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, bayi pada usia 2 bulan dan menyusu badan biasanya mempunyai kadar kekerapan membuang air besar sebanyak sehingga 4 kali sehari. Jika bayi anda yang menyusu badan penuh tidak membuang air besar melebihi 3 hari, perkara ini haruslah segera dirujuk kepada doktor.
Anda disarankan untuk membawa bayi anda ke klinik terdekat atau hospital segera terutamanya jika bayi anda mempunyai tanda tanda seperti demam, lemah, kurang menyusu dan lain-lain tanda yang membimbangkan.
Terima kasih.