
Sulit
4 tahun
Pembuluh darah pecah
Apakah koma disebabkan pembulu darah pecah dan beku di otak, bisa disembuhkan atau tidak ada harapan lagi ya doc?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pembuluh darah pecah di otak (hemorrhagic stroke) atau darah beku di otak (ischemic stroke) merupakan dua penyebab dan klasifikasi strok/ angin ahmar. Ianya boleh menyebabkan kelumpuhan pada sesetengah atau sebahagian badan akibat daripada kerosakan yang berlaku daripada otak akibat kekurangan darah yang sampai akibat daripada strok. Rawatan strok terbahagi kepada rawatan ubatan, pembedahan dan rehabilitasi. Untuk memberikan prognosis penyembuhan adalah bergantung kepada individu dan tahap strok yang terlibat.
Anda boleh mencegah strok dengan:
- Kawal tekanan darah
- Kawal tahap Kolesterol
- Kawal penyakit Diabetes
- Amalkan cara pemakanan sihat
- Berhenti merokok
- Kerap bersenam
- Menangani tekanan mental
- Kurangkan pengambilan minuman keras
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar otak/ neuro mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.