
Anonymous
6 tahun
Pembungkusan postinor koyak
Hi doktor. Adakah pil kedua postinor yg isteri saya akan berkesan apabila pembungkusan postinor ada sedikit koyak. Ianya disebabkan semasa mengambil pil pertama, saya terkoyak sikit ditempat pembungkusan aluminium di pil kedua. Adakah ianya masih berkesan ??

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang telah diajukan oleh anda.
Secara amnya terdapat bebrapa kondisi dimana pil postinor harus dielakkan daripada mengambilnya.Antara sebab sebabnya adalah:
Tablet kelihatan rosak
Mengandung
Pernah melakukan hubungan seks yang tidak dilindungi lebih daripada 72 jam dalam kitaran haid yang sama, kerana anda mungkin sudah mengandung
Anda mengalami pendarahan faraj yang sebadnya tidak diketahui
Anda mempunyai kanser payudara
Anda alah kepada mana-mana ramuan tablet
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.