Anonymous
6 tahun
Pemeriksaan alat kelamin
Di mana sy boleh membuat pemeriksaan kelamin secara sulit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
https://www.doctoroncall.com.my/patient#/signup
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda boleh membuat pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan berdekatan.
Biasanya, doktor akan memeriksa bahagian kemaluan untuk mengenal pasti sama ada terdapat ketumbuhan seperti ketuat.
Selepas itu, untuk golongan wanita doktor akan menggunakan alat seperti spekulum untuk memeriksa bahagian dalam faraj. Doktor dapat memerhatikan keadaan pangkal rahim sama ada sihat. Sekiranya terdapat keputihan yang luar biasa dalam faraj, doktor akan mengambil sampel untuk diuji. Pemeriksaan ini tidaklah menyakitkan atau mengambil masa yang lama.
Oleh itu, anda tidak haruslah malu untuk berjumpa dengan doktor kerana boleh mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































