
Sulit
2 tahun
Pemeriksaan covid-19
13-16 march ni saya akan pergi ke indonesia. Syarikat saya menyarankan setelah kembali dari indonesia untuk buat ujian saringan covid 19. Berapa lama untuk dapat keputusan ujian sama ada positif/negatif. Sementara menunggu keputusan keluar adakah saya perlu kuaratin diri ? Jika ya selama berapa lama dan adakah pihak hospital akan mengeluarkan MC slip jika self quarantine (negatif result).

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana anda baru pulang dari Indonesia, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan. Kuarantin biasanya diberikan kepada sesiapa yang mempunyai gejala COVID19 selepas pulang dari negara berisiko tinggi selama 14 hari. Jika anda mempunyai gejala maka anda perlu mendapatkan ujian saringan. Keputusan ujian bergantung pada hospital dan jumlah ujian. Kebiasaannya, keputusan akan diterima selepas 48 jam.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan [([Designated Hospital for COVID-19]]((http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini