
chefadilahche
4 tahun
Pemeriksaan kehamilan darah
morning doc, dimanakah klinik yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan darah? bolehkah konsultasi ke klinik biasa untuk ujian tersebut? adakah keputusan urine pregnancy test yang negative masih boleh dikesan melalui darah? dan adakah kedua ujian itu tidak sama? kerana saya mengetahui terdapat sebilangan wanita tidak dapat dikesan jumlah hcg nya melalui upt tapi dapat dikesan waktu scan dan juga usia kehamilan telah masuk 2nd trimester, baru mereka menyedari mereka hamil. adalah lebih baik mengesan kehamilan seawal mungkin. sekian itu shj soalan saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda buat masa ini. Kami memerlukan lebih banyak maklumat terutama kali terakhir anda datang haid dan beberapa lagi maklumat lain.
UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain yang lebih tepat seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa ujian UPT boleh menjadi negatif atau samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang lebih tepat, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.