
Sulit
4 tahun
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh
Hai doktor… Saya wanita berumur 23 tahun… Saya ingin membuat full check up… Bagaimana cara untuk saya dapatkan full check up dan full check up yg mana satu yang sesuai…?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk full medical check up anda boleh pergi kemana-mana klinik kesihatan ataupun klinik swasta untuk membuat temu janji. Terdapat beberapa ujian yang anda boleh pilih dan minta pandangan doktor ujian yang paling sesuai untuk anda. Untuk mendapat ujian kesihatan yang sesuai, anda perlu berbincang dengan doktor dahulu tentang kenapa anda ingin membuat medical check up dan doktor akan memberikan pilihan yang paling sesuai untuk anda lakukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami juga menyediakan khidmat medical check up yang anda boleh membuat temu janji secara online. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.