
aliahn315
5 tahun
Pemgambilan DOS ubat cacing
Adakah org dewasa mesti makan u.cacing atau kanak-kanak shj diwajibkan,berapa kerap ubat cacing perlu diambil,Dan apakah simptom jangkitan cacing?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara gejala dijangkiti dengan cacing adalah seperti:
- sakit perut
- cirit-birit
- disentri
- kembung perut
- malabsorpsi
- perut tersumbat
Dos ubat adalah tergantung jenis ubat. Untuk dewasa pula, pengambilan adalah tidak wajib memandangkan orang dewasa biasanya mampu untuk menjaga kebersihan diri dan makanan dengan baik. Namun sekiranya anda risau kerana mempunyai faktor risiko tertentu untuk terdedah kepada cacing perut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.