
dila.ndar87
5 tahun
Pemulihan selepas laparoskopi
Saya nak tanya… Berapa lama masa perlu diambil untuk kembali bersukan selepas prosedur laparoscopy? Untuk info, saya buat laparoscopy dengan 1 tebukan sahaja berbanding 3 atau 4 tebukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, lama pemulihan adalah tergantung kepada jenis penyakit yang anda hidapi. Bagaimanapun, secara umum, anda boleh mulai melakukan aktiviti fizikal seawal sehari selepas prosedur selama 10-15 minit. Seminggu setelah prosedur anda boleh mulai melakukan aktiviti fizikal selama 30-60 minit. Pada minggu kedua setelah prosedur, anda sudah boleh mulai melakukan aktiviti fizikal seperti biasa namun secara perlahan-lahan.
Sekiranya terdapat persoalan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.