
Anonymous
5 tahun
Penat & jantung berdegup laju
sy wanita berumur 30-an sering merasakan jantung berdegup laju, rasa penat. terdapat juga benjolan di leher, selepas pemeriksaan pakar benjolan itu bukanla yg patut dirisaukan. tapi sy merasakan badan sy tidak sekuat dahulu. berat badan jugak menurun. selain tu, sy telah 2 tahun melahirkan anak dan masih menyusukan anak sehingga sekarang.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara sebab-sebab degupan jantung laju adalah tekanan, selepas aktiviti fizikal, kafein, takut, bimbang, hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif dan mengeluarkan hormon tiroid berlebihan), penyakit jantung, ubat-ubatan tertentu dan anemia (kekurangan sel darah merah). Kebanyakan orang mengalami keadaan ini sekali-sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sering mengalami masalah ini, anda harus dapatkan nasihat doktor. Jika anda mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan degupan jantung laju seperti hyperthyroidism, anemia atau penyakit jantung, doktor akan memberi rawatan yang sepatutnya.
Selain itu, anda harus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Tingkatkan pengambilan serat. Sumber serat yang baik termasuk hasil bijirin mil penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Contoh sumber lemak tepu yang biasa diambil ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng dan produk bakeri. Elakkan minuman kafein, minuman beralkohol, minuman ringan dan pewarna makanan.
Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu. Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan laju, berbasikal, dan berenang. Anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit lain. Oleh itu, anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan melakukan aktivit fizikal. Cuba kekalkan berat badan indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 23. Bukan itu sahaja, sekiranya anda merokok, anda boleh berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok. Akhir sekali, tangani stres dan dapatkan tidur yang cukup.
Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!